Tuesday 29 October 2013

Jangan Lupa Makan Buah !

Salam..
nak tanya lah..siapa kat sini yang suka makan buah ??
nak high 5 sikit! hahah =) saya pun suka sangat makan buah terutamanya strawberi..hahah!

As we know, mengambil buah buahan adalah sangat disarankan kerana buah buahan mengandungi pelbagai kebaikan khasiat untuk tubuh kita kan..Buah merupakan sumber vitamin, air dan nutrisi yang dapat meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan stamina dan daya tahan dan lain lain...

selain itu, sesetengah buah juga merupakan sumber antioxidant di mana antioxidant sangat penting untuk menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit berbahaya terutamannya kanser..

kat sini saya senaraikan beberapa buah beserta kebaikannya secara ringkas...

1. Mangga
    mengandungi antioxidant untuk melawan kanser sel

2. Pisang
    membekalkan tenaga yang banyak terutamanya untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam

3. Tembikai
    mengandungi banyak air dan baik untuk jantung di mana tembikai dapat mengawal heart rate

4. Strawberi
    juga mengandungi antioxidant yang tinggi untuk melawan kanser sel dan dapat melambatkan penuaan

My favorite fruit ever..hehe! =)
5. Oren
    mengandungi tinggi vitamin C di mana dapat mengekalkan kulit dan penglihatan yang sihat

6. Epal
   meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.. bak kata pepatah, 'an apple a day keeps    the doctor away'

7. Blueberries
    juga baik untuk memelihara jantung

8. Anggur
   dapat mengekalkan saluran darah dalam keadaan tenang means dapat mengurangkan tekanan darah tinggi    lah 

9. Kiwi
   dapat meningkat jisim tulang means dapat mengelak daripada osteoporosis

10. Nenas

    dapat melawan penyakit arthritis iaitu penyakit yang memberi kesan lemah atau sakit pada sendi


Buah bukan saje sedap tetapi juga mengandungi pelbagai khasiat.. Kesimpulannya, kita sememangnya di galakkan lah untuk makan buah buahan iaitu kalau boleh sebanyak 2 sajian sehari demi mendapat pelbagai kebaikan untuk tubuh kita..

Semua buah enak enak..kan? hehe 

No comments:

Post a Comment