Sunday, 20 October 2013

Makan Secara Sihat =)

Assalamualaikum…
Hari ini saya nak berkongsi tentang pemakanan yang sihat secara umumnya..

Alright, ada 3 keypoint tentang pemakanan sihat..iaitu kepelbagaian (variety), seimbang (balance), dan kesederhanaan (moderation).

1)Kepelbagaian
Kepelbagaian bermaksud sumber makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan termasuk bijirin, buah buahan, produk tenusu, daging dan lain lain. Diet seharian kita haruslah berbagai agar tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya..
Contohnya,
Hidangan pertama : anda hanya gemar mengambil sayur lobak dalam masa sehari…tubuh anda hanya akan mendapat kebaikan serat dan vitamin A sahaja.

Hidangan kedua : anda mengambil  sayur lobak, kubis dan kacang buncis dalam masa sehari…tubuh anda bukan sahaja mendapat serat yang tinggi, malah juga akan mendapat vitamin A, vitamin C dan vitamin K sekaligus.

Kesimpulannya di sini, kepelbagaian pilihan makanan sangat penting kerana dengan kepelbagaian makanan, tubuh kita akan mendapat khasiat vitamin dan mineral yang lebih banyak dan mencukupi.
Pelbagaikan sayur sayuran dalam hidangan anda =)

2) Keseimbangan
Diet yang seimbang terdiri daripada sumber bijirin, buah buahan dan sayur sayuran. Ia juga haruslah terdiri daripada sumber protein, lemak dan air yang secukupnya. Pendek kata, diet seimbang adalah berdasarkan piramid makanan.


Contohnya, untuk makan tengahari, anda mengambil nasi putih di mana nasi putih mengandungi serat yang sangat rendah,  jadi seimbangkan makanan anda dengan mengambil lebih sayur sayuran sebagai lauk kerana sayur sayuran mengandungi tinggi serat.


Piramid Makanan Malaysia

3) Kesederhanaan
Kesederhanaan bermaksud tidak mengambil terlampau banyak makanan dalam satu tempoh masa makan. 

Contohnya, tidak mengambil terlalu banyak makanan yang manis dan makanan yang berlemak dalam diet seharian kita. Yang paling penting ialah kawal kuantiti makanan yang diambil seperti yang disarankan berdasarkan piramid makanan.

Anda juga boleh mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Makan secara bersederhana dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal serta mengelak daripada mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan obesiti.



*sumber: Nutrition Science & Application

No comments:

Post a Comment