Sunday 10 November 2013

Nak kira anggaran keperluan KALORI tak ?

Salam..

sebelum sentuh pasal kalori, jom kita kira BMI kita dulu..
ini formula dia, senang je cuma perlu berat badan dan tinggi..









            BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity 1 = 30 - 34.9
  • Obesity 2 = 35 - 39.9
  • Obesity 3 = 40 and above



Seterusnya,
Kenal pasti tahap aktiviti seharian anda..

  • Sedentary - Jarang jarang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. 
  • Moderate - Melakukan senaman lebih kurang 3 kali seminggu. 
  • Active - Setiap hari bersenam

Contohnya, pekerja office yang tidak banyak bergerak dalam seharian adalah dalam kategori sedentary. Selain itu, pekerja kontrak atau seseorang yang berlari selama  1 jam sehari adalah dalam kategori moderate. Sebagai contoh lagi, seorang atlet termasuk dalam kategori active.

So, dah kenal pasti kategori BMI dan tahap aktiviti...then baru kita boleh kira anggaran keperluan kalori kita dalam sehari..
Actually, nak kira kalori ni ada banyak cara contohnya, Quick Method, Schofield Equation, Harris Benedict Equation dan banyak lagi..
tapi kat sini saya nak tunjuk yang paling senang, mudah dan cepat lahh..iaitu kita guna Quick Method..

Pilih kategori BMI dan tahap aktiviti anda..

1. Underweight
  • Sedentary - 35 kcal/kg
  • Moderate - 40 kcal/kg
  • Active - 45 kcal/kg
2. Normal

  • Sedentary - 30 kcal/kg
  • Moderate - 35 kcal/kg
  • Active - 40 kcal/kg
3. Overweight/ obese
  • 20-25 kcal/kg

Nak kira dia senang je..cuma darabkan berat badan dengan jumlah kalori yang jatuh kat kategori korang..
Contohnya..
 Cik A
  • BMI = 22.9 (Normal)
  • Tahap aktiviti = Sedentary
  • Berat = 50 kg
Kcal = 50 kg X 30 kcal/kg = 1500 kcal/day


Haa..senang je kan..actually jumlah kalori tu cuma anggaran je..untuk panduan pemakanan kita..tadi saya mention ada cara lain kan..so, kalau korang nak tahu lebih lanjut, hope korang boleh Google up lah eh..

So,  anggaran keperluan kalori dah tahu kan....hmm tapi macam mana nak tahu pula jumlah kalori yang kita ambil dalam pemakanan seharian kita eh?? kita makan itu, makan ini..tapi berapa entah kalori dalam makanan tu?? Kalori kita dalam sehari cukup ke terlebih banyak ke??

Salah satu cara nak tahu, baca label makanan tersebut..yang kat belakang bungkus tuuu...kat situ kan ada tulis 'jumlah tenaga/ Calorie'...korang boleh total up kan semua makanan yang korang ambil dalam sehari, then compare dengan anggaraan keperluan kalori korang sama ada terlebih ke terkurang..

Tetapi..macam mana pula dengan makanan yang takde label..contohnya nasi, ikan, ayam dan lain lain? 
Haa..yang tu..In Sha Allah..lain hari saya cerita eh..hari ni setakat ni je dulu...harap korang boleh faham lah apa yang saya share hari ini...ada masa saya update lagi kay...TQ ! =)



No comments:

Post a Comment